Thursday, 4 June 2015

VIRAL


Memang menjadi fenomena viral ni. Kalau boleh semua benda nak diviralkan. Bukan tak boleh, tapi kenalah ada kesahihan sesuatu benda tu kalalu nak viral. Bila dah viral ramai pula yang menjadi hakim media sosial. Terbaru ni heboh tentang kes buli pelajar. Macam-macam video buli yang tersebar di laman sosial. Sepatutnya, jangan viral kan video tu di laman sosial tetapi laporkan kepada pihak berwajib dahulu sebelum diviralkan. Tak salah nak kongsi tapi cara tu kena dengan keadaan. Nanti macam-macam reaksi negatif yang muncul daripada hakim laman sosial ni. Lebih baik laporkan kepada yang berkenaan dan mendapatkan kesahihan video tersebut.

Tak kiralah tentang apa pun, video ke,cerita ke, statement ke, jangan terlalu memviralkan kalau belum ada kesahihan. Takut mengaibkan orang.

KUCING


Memang aku tak nafikan,bela kucing ni banyak keistimewaannya. Kucing ni lah sebagai peneman aku bila aku sunyi. Macam-macam kerenah kucing ni. 

Terdapat beberapa keistimewaan memelihara kucing:

1.Terapi mental dan emosi yang baik

Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.

2.Mendisiplinkan diri

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.

3.Buang sifat kedekut

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

4.Sunnah Rasulullah dan sahabat

Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.