Kita sebagai insan biasa tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan itu melibatkan diri sendiri. Kadang-kadang ianya juga akan melibatkan orang di sekeliling kita. Situasi akan memjadi sukar apabila ianya melibatkan orang lain. Banyak perkara yang perlu kita titik beratkan apabila melakukan kesilapan tersebut. Jangan pentingkan ego diri sendiri sahaja tapi kita perlu memikirkan perasaan orang lain. Cuba kita fikir sejenak apa yang telah kita lakukan. Jangan menidakkan kesalahan diri sendiri kerana ianya akan membawa mudarat dalam kehidupan. Jangan rasa malu untuk meminta maaf dan harus berani berdepan dengan pelbagai kemugkinan. Kita perlu belajar dari kesilapan untuk persediaan masa hadapan dan kehidupan yang mendatang. Pengalaman mengajar erti kehidupan sebenar.
No comments:
Post a Comment