Thursday, 28 May 2015

KENALI DIRI


Anda adalah apa yang anda fikirkan. Kenali diri anda sendiri sebelum orang menilai diri anda. Kita perlu tahu apa yang ingin kita capai dalam kehidupan. Perlu ada visi dan misi dalam kehidupan. Jika anda seorang pelajar apa yang anda ingin capai dalam akademik. Jika anda seorang pekerja apa yang anda ingin capai dalam meningkatkan mutu pekerjaan kita. Jika anda seorang ibu dan bapa apa yang anda mahukan dalam membina sebuah keluarga. Jika anda seorang pemimpin apa yang anda mahukan dalam pucuk pimpinan anda, Itulah yang dikatakan anda adalah apa yang anda fikirkan.

Anda perlu tahu sejauh mana kebolehan diri anda. Selain kelebihan,anda juga perlu tahu  kelemahan diri anda. Tidak lengkap jika hanya mengetahui kelebihan sahaja dan begitu sebaliknya. Sebagaimana kita ingin melakukan kajian, pelu ada permasalahan barulah ada penyelesaian. Begitulah diri kita. 

No comments:

Post a Comment