Thursday, 28 May 2015

MEMILIH



Mengapa memilih? Perlu ke ada sifat memilih? Ya,ianya perlu mengikut keadaan. Bukan semua benda perlu diberi keputusan pada masa tersebut. Digelar sombong bila suka menyendiri pada perkenalan pertama. Bukannya sombong tetapi kadang-kadang sukar untuk memyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Kawan juga perlu dipilih. Bukan semua orang yang menjadi kawan boleh kita ceritakan semuanya. Bak kata pepatah tergelincirnya kaki itu lebih selamat daripada tergelincirnya lidah. Kita juga jangan terlalu obses untuk memilih kawan tetapi bersederhana sahaja. Jika terlalu memilih,takut tiada yang suka berkawan dengan kita. Berkawan dengan semua orang tetapi bukan semua peribadi kita boleh diceritakan takut membuka aib diri sendiri. Jadi berhati-hati dalam memilih,bukan ikut emosi tetapi ikutlah kata hati dan akal yang waras.

No comments:

Post a Comment