Wednesday, 3 June 2015

TANGGUNGJAWAB


Bukan mudah apabila kita diberikan tanggungjawab yang besar. Bukan semua mampu memikul tanggungjawab dengan sebenar-benarnya. Selagi kita hidup,selagi itu berbagi-bagai tanggungjawab yang kita pikul. Dari zaman kita kanak-kanak hinggalah dewasa.

  • Pengajian
Tanggungjawab kita adalah sebagai seorang pelajar ketika ini. Kita telah diberikan sepenuh kepercayaan oleh ibu bapa kita untuk belajar bersungguh demi mencapai cita-cita kita. Tanggungjawab kita amatlah besar dengan membawa harapan ibu bapa dan juga harapan diri sendiri.

  • Pekerjaan
Setelah tamat pengajian tidak kiralah dengan kelulusan ape sekali pon,pekerjaan perlu dicari. Apabila sudah mendapat pekerjaan kita perlu melaksanakan tugas dengan baik supaya menjadi pekerja yang produktif dan berkaliber. Dengan hasil pekerjaan kita, kita dapat membantu atau membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.

  • Rumahtangga
Tanggungjawab dalam berumahtangga amatlah berat. Kita perlu menjaga semua kebajikan ahli keluarga. Masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri tidak kira suami,isteri atau anak-anak. 

  • Islam
Tanggungjawab sebagai orang Islam paling utama. Kita perlu melaksanakan segala tuntutan agama supaya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab jangan terlalu leka dengan dunia kerana akhirat menanti.





No comments:

Post a Comment