Ayah....sukar diungkap kasihnya. Sukar ditafsir kata-katanya. Kasih seorang ayah sukar dilafaz. Kadang-kadang seorang ayah menunjukkan kasihnya melalui perbuatan. Teringat pula aku tentang kisah seorang ayah yang sanggup datang ke rumah anaknya daripada kampung semata-mata untuk berjumpa anaknya yang dah lama tidak pulang berjumpa ayahnya. Sebak aku rasa, sebab kudrat seorang ayah yang masih ingat akan anak-anaknya. Kasih seorang ayah.
Ayah berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya. Hasil keringat bukan untuk sesiapa tetapi untuk keluarganya. Kalau aku balik rumah je, selagi aku tak sampai selagi tulah ayahku akan telefon tanya dekat mana. Tengok betapa risau nya seorang ayah.
Ingat anak-anak. Bukannya ayah tak sayang, tapi kasih sayang seorang ayah sukar diungkapkan. Kasihilah ayah.
No comments:
Post a Comment