Pengorbanan seorang ibu terlalu banyak. Sukar untuk diungkapkan. Sehingga tidak terbalas jasa seorang ibu. Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Aku teringat akan sebuah kisah dimana seorang ibu dihantar ke pusat jagaan orang tua oleh anaknya. Sampai hati mereka. Benarlah, seorang ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Tergamak kah anda membiarkan ibu anda menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah orang tua. Mengapa tidak anda sendiri yang menghabiskan masa bersamanya. Kan lebih bermakna.
Bercerita tentang ibu, aku teringatkan ibuku. Rindu sangat dengan ibuku. Rindu masakannya. Rindu nak berborak. Rindu segala-galanya tentang ibu. Walaupun ibu sibuk dengan kerjanya dan aktiviti kemasyarakatannya,aku faham tugas seorang ibu.
Sebagi anak-anak, janganlah kita abaikan ibu kita. Carilah masa yang terluang untuk ibu kita. Hargailah ibu.
No comments:
Post a Comment