Minggu : Kelima
Tarikh : 23 Mac hingga 29 Mac 2015
Tajuk : Mesra
Cetusan rasa hati
Menceritakan kembali
Kejadian
ini berlaku di kaunter perkhidmatan pejabat pos. sikap yang kurang mesra
ditunjukkan oleh pekerja yang berkhidmat di kaunter tersebut ketika berurusan
dengan pelanggan. Apabila pelanggan bertanya atau berurusan dengan mereka, mereka
menunjukkan riak muka yang kurang mesra seperti tidak senyum dan menjawab
soalan dengan nada suara yang agak kasar.
Menghubungkaitkan
Hal
ini menunjukkan sikap sesetengah pekerja di kaunter perkhidmatan yang negatif.
Sepatutnya pekerja di kaunter
perkhidmatan menunjukkan sikap yang mesra ketika berurusan dengan pelanggan.
Hal ini kerana perkara tersebut akan member kesan yang amat buruk jika
pelanggan tersebut adalah warganegara asing. Ini menunjukkan rakyat Malaysia
tidak menunjukkan sifat kesantunan dalam kehidupan.
Menggambarkan
Jika
saya menjadi pekerja di kaunter perkhidmatan tersebut, saya akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik apabila berurusan dengan pelanggan. Saya akan
memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan. Saya
akan menunjukkan riak muka yang mesra dan bertutur dengan nada suara yang sopan
ketika berurusan dengan pelanggan.
No comments:
Post a Comment