Thursday, 4 June 2015

REFLEKSI #1





Minggu : ketiga

Tarikh : 9 Mac hingga 15 Mac 2015

Tajuk : Sabar

Cetusan rasa hati

Menceritakan kembali
Kejadian ini berlaku di dalam bas sekitar kawasan UKM. Sikap sesetengah pelajar  yang kurang sopan apabila naik dan turun dari bas. Hal ini berlaku apabila beberapa orang pelajar ingin turun ke destinasi masing-masing apabila bas tersebut berhenti di kawasan mereka. Tetapi,terdapat segelintir pelajar yang kurang sabar dan terus menaiki bas tanpa menunggu pelajar yang berada di dalam bas untuk turun. Hal in amat sukar apabila dua keadaan berlaku dalam masa yang sama.

Menghubungkaitkan
Alangkah bagusnya  jika pelajar tersebut menunggu dahulu sehingga pelajar yang berada di dalam bas selesai turun barulah mereka masuk ke dalam bas. Hal ini amat memudahkan semua orang kerana tidak berlaku perebutan ketika turun dan naik ke dalam bas.

Menggambarkan

Jika saya yang berada di tempat pelajar yang ingin menaiki bas, saya akan tunggu semua pelajar turun dahulu barulah saya menaiki bas tersebut. Bukannya sukar untuk bersabar menunggu giliran  menaiki bas 

No comments:

Post a Comment