Wednesday, 3 June 2015

TERPINGGIR


Kadang-kadang kita berasa tepinggir apabila berada dalam situasi di mana kita agak baru dalam kumpulan atau komuniti tersebut. Bukan mudah untuk membiasakan diri dalam kumpulan ataupun komuniti yang baharu. Kita cuba untuk mendekatkan diri tetapi kadang-kadang berasa pelik. Ianya mengambil masa yang agak lama juga. Bila ada perbincangan kita jadi seperti dalam keadaan "silent mode". Mendengar sahaja apa yang dibincangkan dan agak jarang untuk melontarkan pandangan.

Sebenarnya,kita tidak boleh jadi seperti ini. Kita tidak boleh berasa terpinggir. Bukannya dipinggir mungkin kita agak baru dalam kumpulan atau komuniti tersebut. Kita sendiri kena lebih proaktif untuk melontarkan idea dan pandangan supaya tidak berasa janggal dalam perbincangan. Kita kena buang sifat-sifat dan tanggapan yang negatif dalam kumpulan atau komuniti tersebut, Hal ini kerana tanggapan negatif akan menjurus kepada ketaksaksamaan dalam kumpulan.

Oleh itu, sentiasa memastikan diri lebih proaktif dalam perbincangan . Bukannya untuk menjadi terlalu menonjol tetapi lebih melibatkan diri dalam perbincangan supaya dapat membuang rasa terpinggir dan janggal.

No comments:

Post a Comment