Minggu : Ketujuh
Tarikh : 30 Mac hingga 5 April 2015
Tajuk : Bertimbang rasa
Cetusan rasa hati
Menceritakan kembali
Situasi
ini berlaku ketika saya dalam perjalanan ke kolej kediaman. Kebiasaannya saya
akan melalui jalan di kawasan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jalan di
kawasan ini agak sempit. Terdapat segelintir pelajar yang suka berjalan dalam
kumpulan sambil berborak. Apabila mereka berjalan sambil berborak, mereka tidak
menghiraukan keadaan sekeliling dan tidak sedar siapa yang lalu di sebelah
mereka. Saya melihat ada seorang pelajar lalu bertentangan dengan mereka.
Mereka seperti tidak memberi laluan kepada pelajar tersebut. Pelajar tersebut
hampir sahaja melanggar sekumpulan pelajar tadi.
Menghubungkaitkan
Hal
ini sentiasa sahaja berlaku di mana-mana. Kita boleh sahaja berborak ketika
berjalan dengan rakan-rakan tetapi kita hendaklah peka dengan keadaan
sekeliling. Jangan disebabkan sikap kita yang kurang bertimbang rasa
menyebabkan orang lain yang kena dan berasa marah dengan sikap kita.
Menggambarkan
Pada
pandangan saya, sekumpulan pelajar tersebut sepatutnya memberi laluan kepada
pelajar yang turut melalui jalan tersebut. Hal ini menunjukkan sikap kita yang
bertimbang rasa terhadap orang lain bukan kita sahaja yang melalui jalan tersebut. Bukannya kita tidak
boleh sambung berborak setelah memberi laluan kepada orang.
No comments:
Post a Comment