Thursday, 4 June 2015

REFLEKSI #4


Minggu : Kesembilan

Tarikh : 13 April hingga 19 April 2015

Tajuk : Sopan

Cetusan rasa hati

Menceritakan kembali
Pada minggu ini, situasi ini berlaku di majlis perkahwinan. Kebanyakan golongan wanita  muda zaman ini sudah melupakan adat dan budaya melayu. Hal ini kerana kebanyakan mereka memakai pakaian yang kurang sopan ketika menghadiri majlis perkahwinan. Kebanyakan mereka terlalu terikut-ikut dengan budaya barat. Tiada lagi adat dan budaya melayu yang dipraktikkan. Tiada lagi yang memakai baju kurung yang benar-benar menutup aurat. Kebanyakannya jarang dan terlalu ketat.

Menghubungkaitkan
Pakaian kita melambangkan kesopanan kita dalam majlis tersebut. Alangkah bagusnya golongan wanita muda zaman ini mempraktikkan budaya dan adat melayu dalam kehidupan. Apabila berbaju kurung,teserlah keayuan dan kesopanan seorang wanita melayu. Takkan melayu hilang didunia tetapi seakan melayu hilang didunia oleh bangsanya sendiri.

Menggambarkan
Jika saya berada dalam situasi tersebut,saya akan memakai baju kurung yang menutup aurat ketika hadir ke majlis perkahwinan. Hal ini menunjukkan sikap santun dan sopan seorang wanita melayu. Hal ini juga akan menepis pandangan jelik orang di sekeliling.

No comments:

Post a Comment