Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar
Minggu : Kesebelas
Tajuk : Hormat menghormati
Cetusan rasa hati
Menceritakan kembali
Situasi
ini berlaku di dalam bilik kuliah. Seorang pensyarah wanita sedang
membincangkan isu yang hangat di Malaysia. Kemudian, seorang pelajar lelaki
telah memberikan pandangannya. Keadaan ini adalah bagus apabila ada pelajar
yang ingin memberikan pandangan tetapi cara pelajar tersebut kurang sopan. Hal
ini kerana pelajar tersebut melontarkan pandangan dengan nada suara yang agak
keras kerana dia kurang berpuas hati dengan isu yang dibincangkan. Dia
berkali-kali mengulang pandangannya walaupun pensyarah tersebut telah member
jawapan yang agak relevan tentang isu tersebut
Menghubungkaitkan
Agak
mengecewakan apabila pelajar tersebut kurang menerima pandangan pensyarah yang
berkenaan. Ini menunjukkan sikap yang tidak mengormati pandangan orang lain.
Sepatutnya pelajar tersebut perlu melontarkan pandangannya dengan nada suara
yang sopan dan tidak meninggikan suara. Bukannya tidak boleh melontarkan
pandangan,tetapi dengan cara yang berhemah. Pelajar tersebut juga jangan
terlalu memntingkan pandangan diri sendiri sahaja kerana di hadapannya ada
ondividu yang lebih tinggi ilmunya.
Menggambarkan
Jika
saya berada di tempat pelajar lelaki tersebut,saya akan memberikan pandangan
saya dengan cara yang sopan. Saya akan melontarkan pandangan saya dengan nada
suara yang sopan. Apabila pensyarah tersebut memberikan pandangan, saya akan
menghormati pandangannya kerana setiap orang mempunyai pandangan mereka yang
tersendiri tentang sesuatu isu.
No comments:
Post a Comment